Semalam merupakan antara hari-hari yang diperuntukkan untuk menulis bab perbincangan tesis. Penyelia minta ia disiapkan pada minggu ini untuk memudahkan semakan. Agak sedikit kecewa dengan diri sendiri kerana tidak menyiapkan dari awal.. Namun masih ada masa lagi jadi kita kena berfikiran positif.. Masih belum terlewat.. Cuma kadang-kadang kendiri tetap memikirkan APA ORANG KATA.. salah satu masalah orang melayu sebenarnya... kadang-kadang kerana terlalu memikirkan perkara inilah, 2 bulan terbiar kerana tiada semangat untuk menyiapkan.. BAHAYA sebenarnya tu.. hubby pun dah x tau macam mana dah nak bagi semangat. Asal semangat hilang, balik Kelantan dan termenung.. Banyak masa terbuang.. Bagaimana ye untuk sentiasa kuat semangat seperti sesetengah kenalan.. Jadi dalam sibuk-sibuk menyiapkan tesis fikiran negatif memerangkap hati yang sedang sarat dengan pelbagai perkara.. Ini satu lagi perkara yg x patut berlaku semasa menulis tesis. Ia membantutkan idea penulisan.. hubby hanya dapat membantu melegakan sedikit kekalutan hati.. Yg lain-lain kita patu mohon daripada Ilahi. Dia Pencipta kita. tentu sekali kunci segala masalah ada padaNya. Maka kita perlu dapatkan kunci itu.. Hmm aku berkata pada diri sendiri di kala penat menterjemahkan jurnal-jurnal saintifik ke bahasa ibunda.. sukar sebenarnya... Tapi takpe. Seronok juga bila dibaca semula dalam bahasa kita. menarik sekali. Agaknya boleh x dijadikan buku Prof? hehe perasan seorang..
p/s-Kepada kenalan.. ada masa coretan di blog ni sarat dengan emosi, maaflah yer.. kenalah sama dengan tajuk blog juga... coretan hati saya!
weh.. comel ja gambo ko kat atas tu.. kekekeke.. this is a good way to express yourself..
ReplyDeletekeep it up..